Senjata anti-kapal selam
Senjata anti-kapal selam

Senjata anti-kapal selam

Senjata anti-kapal selam adalah sebarang jenis peranti yang bertujuan bertindak terhadap kapal selam, anak kapalnya, untuk menenggelamkan kapal selam atau memusnahkan atau melumpuhkan keupayaannya sebagai senjata peperangan. Sebarang senjata anti-kapal selam boleh digabung dengan peperangan anti-kapal selam (anti-submarine warfare, ASW) seperti Sistem Data Taktikal Tentera Laut (Navy Tactical Data System, NTDS) milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang mengawal sistem senjata mengesan ancaman dan mensasarkan sasaran berpangkalan udara, darat dan laut. Bagaimanapun, dalam istilah mudah ia merupakan peluru, peluru berpandu atau bom yang dipertingkat bagi memusnahkan kapal selam.